Tuesday 3 May 2016

POSITIF MALAM

Hi readers.

Malam ini tatapan mataku kian kabur. Kelam. Kusut.
Namun hati ku tidak menunjukkan ke arah itu- aku perlu tidur. 
Tidak. Tidak.

Tawanya itu di atas impian ku, akan ku sambut dengan kelapangan hati, jiwa dan raga.

Akan ku zahirkan dengan butir-butir bukti yang pastinya akan membuatkan kau, aku, kita, pada mata yang memandang dan dunia serta seisinya tergolek golek. Tertonggeng-tonggeng. Tak lol.

PASTI. ITU JANJI KU.

Kau, aku dan DIA menjadi saksi.
Berpaksikan pena.



TX
-fez-

Thursday 29 October 2015

Dan Dan

Hi, readers.

Keh keh keh. Aku terfikir-terfikir ni--dari tadi, semalam, semalam punya semalam, 4 hari yang lepas- 

Aku bukan lah kaki smartphone.(em..mungkin sebab phone aku tak berapa nak smart.. eh! tapi ada wasep tau? Ha..jangan memain..) --Sentiasa melekat phone kat tangan tak kira masa. Pagi, petang,siang, malam.

Tapi aku takde lah abaikan terus. At least aku letak kat sebelah aku, termasuklah time aku nak tidur. Aku pelik. Kenapa time aku letak phone kat sebelah aku, atau ianya ada bersamaku, takde pulak orang yang nak call ke, sms ke..tinggal aku sendirian berkrik-krik macam orang yang hidup kesunyian tanpa teman. >,<

Tapi time aku tidur pastu aku tertinggal phone kat ruang tamu time tu lah bunyi berdering-dering. And yang paling geram bila aku tak sempat angkat n coinsidencely takde credit. Bila time aku keluar pastu tertinggal phone, tak pun tetiba habis battery ke, hah.. amek kau!!! Empat-lima-enam miss called masuk.

.....
......
........
..........

Ah! Polak!

Sunday 3 May 2015

Pelangi petang.



Oh, sungguh aku keciwa dengan dirimu. Begitu pantas masa mengubah HATI manusia.
Sob...sob....

Engkau tiba bagaikan pelangi. 
Tak bercahya namun kau berseri. 
Tapi cukup menghiburkan hati ini.


TX:
-fez-

Sunday 12 April 2015

Pertandingan main tarik tali.

Hi readers.

Semalam aku ada menghadiri kira macam sebuah majlis bersempena atas kejayaan aku dalam sesuatu perkara. Tapi aku tak nak bagi tau kau kejayaan apa sebab well- aku tak nak di-label sebagai riyak dan kau pun tahu, kan riyak tu haram di sisi Islam. Ya, aku yakin kalau kau muslim dan muslimah kau pasti tahu.

Hari ini pula ada sa-orang kenalan aku yang aku tak tau nak label-kan dia sebagai teman, sahabat, or kekasih hati? Ah, entahlah capital M. Kau ni suka sangat main tarik tali dengan aku. Macam aku tak tau apa yang ada dalam hati kau tu. Gua ni psycic tau? Mustahil gua tak tau. Kuasa Supernatural aku masih kuat berfungsi.

Suddenly call aku hari ni, dah kenapa? Engkau, bukan aku tak tau- kau cuma akan cari aku macam cacing kepanasan bila kau perlukan sesuatu. Bila kau perlukan bantuan. Dan ada satu perkara yang aku benci pasal kau- setiap kali kau pm aku, mesti kau cuma type one word- which is my name.Taktik. 

Yelah, siapa nak kelihatan terhegeh-hegeh dekat orang yang pernah dia buang dalam gaung bila dia dah dapat pengganti yang lebih baik.(Eh, kejap- ye ke lebih baik? rasanya aku lagi baik. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH).

Aku lagi suka kau LURUS pada point kau and pada apa yang kau nak cakap sebenarnya eventhough aku selalunya dah tau apa yang kau nak bagi tau. Cuma aku nak lihat sejauh mana engkau sanggup tteruskan penipuan terhadap sahabat kau sendiri. Bila kau buat macam ni, level meluat aku pada diri kau makin naik.















Walau apa pun, aku tetap sayang kau. 


TX:
-fez-




Friday 10 April 2015

Kisah dia dan Ujian Kelayakan Calon Guru 2015.

Hi readers.


Kau datang baca entry ini atas tujuan apa?

Ok lah. Aku nak share sikit pasal pengalaman kenalan aku yang telah diceritakan kepada aku. 

Pada suatu hari, beliau telah menyertai UKCG di sebuah IPG yang dirahsiakan namanya. CORRECTION! Aku bukan nak cerita prosedur ujian ni, apa yang ada dalam ujian ni, bahagian-bahagian dalam ujin dan dll.. sebab aku yakin+ terlalu yakin bahawa sudah keterlaluan banyaknya lambakan manusia yang telah pun menceritakan perihal itu.

(ok, jangan kecewa. nak baca, teruskan. tak nak boleh tekan button cross).

Kisah bermula:

Pagi keesokan harinya, -maksud aku hari selepas beliau selesai melalui UKCG tersebut, beliau tidak boleh bangun dari tidur malah seluruh tubuh beliau tidak boleh digerakkan. Beliau suspen. Setiap kali beliau ingin menggerakkan badan, sakitnya bukan kepalang.

Apa lagi, beliau pun berfikir,

' oh, tidak. adakah aku di-attack penyakit strok? '


' eh, kejap aku muda lagi. takkan kena strok. ah! tolong ada hantu hempap!!'



Lalu dengan segala susah payah beliau tetap mencuba untuk mengengsot ke sisi katil untuk mencapai telefon bijak pandai beliau, lantas meng-google sesuatu yang juga dirahsiakan.

Cuba teka apakah jawapan si google?















DON'T WORRY:
Anda mungkin mengalami D.O.M.S (Delayed Onset Muscle Soreness).


Ah! Menyampah kan?


TX:
-fez-


Monday 6 April 2015

Eh! Mana tau, ni?

Hi readers.

Buat si dia yang pernah aku kasihi sesuku hati-
Aku minta engkau untuk mengerti dan tidak salah faham atas persengketaan yang kita berdua alami pada tahap ini.

Buat sesiapa yang pernah mengenali diri ini-
Mana mungkin aku block acc korang. Tak kisahlah siapa pun korang, yang penting korang kenal aku, aku kenal korang. 

Buat kenalan aku, engkau pasti tahu tahap mana kejahatan dan kesabaran yang ada dalam diri aku. Juga sejauh mana sifat keadilan dalam diri aku. Untuk itu, jangan lah engkau bersangka-sangka akan diriku ini. Ya, mungkin ada krisis yang berlaku di antara kita.

Tapi disebabkan sifat ke-justice-an yang setinggi Sekolah Atas Bukit itu wujud dalam diri aku, maka aku pun decided untuk deactivate acc twitter aku. Eleh, kau kecoh mende?
Twitter je aku deactivate. FB, gmail, blog, tumblr dan segala acc maya aku masih teguh berdiri. 


So, jangan meroyan ok? Kau buat aku risau...


TX:
-fez-

Monday 1 December 2014

Tukar.

Hi readers.

Aku rasa cam nak tukar nama blog r. Bukan apa tapi ada peniru pulak. Acano ni? Kalau tukar nak buat nama apa? Ahhh! Sucked!

Apa ni wei? Aku rasa blog ni seakan tak wujud. Macam takde siapa nak baca. But nevermind aku boleh baca sendiri. Boleh buat diary sikit dah alang-alang takde siapa nak baca. Bhahaha! Keluh resah bukan sandaran. Yang gelisah bukan hukuman kerana kau yang...

Tx kepada siapa yang sudi membazir masa baca blog gua. Jutaan terima kasih diucapkan. Haha.Inilah gaya penganggur.





TX:
-fez-