Sunday 12 April 2015

Pertandingan main tarik tali.

Hi readers.

Semalam aku ada menghadiri kira macam sebuah majlis bersempena atas kejayaan aku dalam sesuatu perkara. Tapi aku tak nak bagi tau kau kejayaan apa sebab well- aku tak nak di-label sebagai riyak dan kau pun tahu, kan riyak tu haram di sisi Islam. Ya, aku yakin kalau kau muslim dan muslimah kau pasti tahu.

Hari ini pula ada sa-orang kenalan aku yang aku tak tau nak label-kan dia sebagai teman, sahabat, or kekasih hati? Ah, entahlah capital M. Kau ni suka sangat main tarik tali dengan aku. Macam aku tak tau apa yang ada dalam hati kau tu. Gua ni psycic tau? Mustahil gua tak tau. Kuasa Supernatural aku masih kuat berfungsi.

Suddenly call aku hari ni, dah kenapa? Engkau, bukan aku tak tau- kau cuma akan cari aku macam cacing kepanasan bila kau perlukan sesuatu. Bila kau perlukan bantuan. Dan ada satu perkara yang aku benci pasal kau- setiap kali kau pm aku, mesti kau cuma type one word- which is my name.Taktik. 

Yelah, siapa nak kelihatan terhegeh-hegeh dekat orang yang pernah dia buang dalam gaung bila dia dah dapat pengganti yang lebih baik.(Eh, kejap- ye ke lebih baik? rasanya aku lagi baik. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH).

Aku lagi suka kau LURUS pada point kau and pada apa yang kau nak cakap sebenarnya eventhough aku selalunya dah tau apa yang kau nak bagi tau. Cuma aku nak lihat sejauh mana engkau sanggup tteruskan penipuan terhadap sahabat kau sendiri. Bila kau buat macam ni, level meluat aku pada diri kau makin naik.















Walau apa pun, aku tetap sayang kau. 


TX:
-fez-




Friday 10 April 2015

Kisah dia dan Ujian Kelayakan Calon Guru 2015.

Hi readers.


Kau datang baca entry ini atas tujuan apa?

Ok lah. Aku nak share sikit pasal pengalaman kenalan aku yang telah diceritakan kepada aku. 

Pada suatu hari, beliau telah menyertai UKCG di sebuah IPG yang dirahsiakan namanya. CORRECTION! Aku bukan nak cerita prosedur ujian ni, apa yang ada dalam ujian ni, bahagian-bahagian dalam ujin dan dll.. sebab aku yakin+ terlalu yakin bahawa sudah keterlaluan banyaknya lambakan manusia yang telah pun menceritakan perihal itu.

(ok, jangan kecewa. nak baca, teruskan. tak nak boleh tekan button cross).

Kisah bermula:

Pagi keesokan harinya, -maksud aku hari selepas beliau selesai melalui UKCG tersebut, beliau tidak boleh bangun dari tidur malah seluruh tubuh beliau tidak boleh digerakkan. Beliau suspen. Setiap kali beliau ingin menggerakkan badan, sakitnya bukan kepalang.

Apa lagi, beliau pun berfikir,

' oh, tidak. adakah aku di-attack penyakit strok? '


' eh, kejap aku muda lagi. takkan kena strok. ah! tolong ada hantu hempap!!'



Lalu dengan segala susah payah beliau tetap mencuba untuk mengengsot ke sisi katil untuk mencapai telefon bijak pandai beliau, lantas meng-google sesuatu yang juga dirahsiakan.

Cuba teka apakah jawapan si google?















DON'T WORRY:
Anda mungkin mengalami D.O.M.S (Delayed Onset Muscle Soreness).


Ah! Menyampah kan?


TX:
-fez-


Monday 6 April 2015

Eh! Mana tau, ni?

Hi readers.

Buat si dia yang pernah aku kasihi sesuku hati-
Aku minta engkau untuk mengerti dan tidak salah faham atas persengketaan yang kita berdua alami pada tahap ini.

Buat sesiapa yang pernah mengenali diri ini-
Mana mungkin aku block acc korang. Tak kisahlah siapa pun korang, yang penting korang kenal aku, aku kenal korang. 

Buat kenalan aku, engkau pasti tahu tahap mana kejahatan dan kesabaran yang ada dalam diri aku. Juga sejauh mana sifat keadilan dalam diri aku. Untuk itu, jangan lah engkau bersangka-sangka akan diriku ini. Ya, mungkin ada krisis yang berlaku di antara kita.

Tapi disebabkan sifat ke-justice-an yang setinggi Sekolah Atas Bukit itu wujud dalam diri aku, maka aku pun decided untuk deactivate acc twitter aku. Eleh, kau kecoh mende?
Twitter je aku deactivate. FB, gmail, blog, tumblr dan segala acc maya aku masih teguh berdiri. 


So, jangan meroyan ok? Kau buat aku risau...


TX:
-fez-