Friday 10 April 2015

Kisah dia dan Ujian Kelayakan Calon Guru 2015.

Hi readers.


Kau datang baca entry ini atas tujuan apa?

Ok lah. Aku nak share sikit pasal pengalaman kenalan aku yang telah diceritakan kepada aku. 

Pada suatu hari, beliau telah menyertai UKCG di sebuah IPG yang dirahsiakan namanya. CORRECTION! Aku bukan nak cerita prosedur ujian ni, apa yang ada dalam ujian ni, bahagian-bahagian dalam ujin dan dll.. sebab aku yakin+ terlalu yakin bahawa sudah keterlaluan banyaknya lambakan manusia yang telah pun menceritakan perihal itu.

(ok, jangan kecewa. nak baca, teruskan. tak nak boleh tekan button cross).

Kisah bermula:

Pagi keesokan harinya, -maksud aku hari selepas beliau selesai melalui UKCG tersebut, beliau tidak boleh bangun dari tidur malah seluruh tubuh beliau tidak boleh digerakkan. Beliau suspen. Setiap kali beliau ingin menggerakkan badan, sakitnya bukan kepalang.

Apa lagi, beliau pun berfikir,

' oh, tidak. adakah aku di-attack penyakit strok? '


' eh, kejap aku muda lagi. takkan kena strok. ah! tolong ada hantu hempap!!'



Lalu dengan segala susah payah beliau tetap mencuba untuk mengengsot ke sisi katil untuk mencapai telefon bijak pandai beliau, lantas meng-google sesuatu yang juga dirahsiakan.

Cuba teka apakah jawapan si google?















DON'T WORRY:
Anda mungkin mengalami D.O.M.S (Delayed Onset Muscle Soreness).


Ah! Menyampah kan?


TX:
-fez-


No comments:

Post a Comment