Monday, 1 December 2014

Tukar.

Hi readers.

Aku rasa cam nak tukar nama blog r. Bukan apa tapi ada peniru pulak. Acano ni? Kalau tukar nak buat nama apa? Ahhh! Sucked!

Apa ni wei? Aku rasa blog ni seakan tak wujud. Macam takde siapa nak baca. But nevermind aku boleh baca sendiri. Boleh buat diary sikit dah alang-alang takde siapa nak baca. Bhahaha! Keluh resah bukan sandaran. Yang gelisah bukan hukuman kerana kau yang...

Tx kepada siapa yang sudi membazir masa baca blog gua. Jutaan terima kasih diucapkan. Haha.Inilah gaya penganggur.





TX:
-fez-

Friday, 28 November 2014

Ketertaksangkaan.

HI READERS.

Ya, gua kasi bold sikit word readers tu. Faham lah tolong.

27 November 2014.

Ke-ter-tak-sangka-an. Banyak imbuhannya dan banyak jugalah maksud mendalamnya. Dah lima tahun. Maksud aku se-belas tahun. Lepas. Aku berjaya lepas. Lepas dari situ. Lama aku bertahan. Tak SANGKA penyabar jugak aku ni rupanya. Kalah Shah.

Hari-hari yang aku lalui cukup mencengkam jiwa. Wah- terlalu drama bunyinya, kan? Memang hidup aku banyak drama. Aku watak utama yang tak terlihat. Ha,camano tu? Main character tapi tak terlihat? Dah aku kata awal-awal tadi hidup aku penuh drama tapi bukan aku je, semua orang pun sama.

Dulu masa kecik-kecik aku selalu pikir-
'Kenapalah aku dok sibuk tengok cerekama kat tv ni semua?'. 

Aku rasa cam aku ni tengah menyebok ambil tau pasal cerita dan hidup orang lain sedangkan aku ada life aku sendiri. Kau paham tak maksud aku ni? It's like we own kehidupan tersendiri yang masih belum terurus tapi masih nak sesak-sesakkan kepala dengan rencah hidup yang tak wujud- yang hanya lakonan semata-mata-yang sekadar... Susah nak cakap, susah nak diterangkan.

Lantas aku tersedar...

.....

TX:
-fez-

Saturday, 8 March 2014

BAIK


Hi readers.

Aku dah lama tak update blog. Al-kisahnya aku tengah busy. Kali ni memang betul-betul busy.
Tapi di pagi yang hening di saat orang tengah sedap berselubung atas katil, aku sempat lagi on pc. Eh? Whattaheck is going on with me? Why i make this as a diary?

Aku cuma nak tanya soalan sikit. Antara a kind person and a bad person, which one korang prefer? I bet u choose the second one. Jangan tipu. Aku ni takde r baik sangat tapi orang memang suka pijak kepala aku. Aku tengok kalau orang yang perangai tak semenggah tu ramai pulak orang suka. Kadang-kadang aku rasa penat jadi orang baik, kena pijak kepala. Penat ke? Ya lah kot, sebab bila kita buat baik dan nampak baik -ok biasa-biasa je tak la baik melampau- But trust me, konpem ada yang ambil kesempatan.

In state -I am tired. Tired of having thoughts. Thoughts upon thoughts upon thoughts that would lead to something and eventually would disagree and then more thoughts and thoughts________

Tengok? Memikirkan perkara ni boleh membuatkan aku rasa polak, otak makin mereng and kegeligaan aku hampir pupus. Aku tak nak masuk TANJUNG RAMBUTAN.

Aku banyak berdiam diri -mungkin sebab tu orang fikir aku ni takde perasaan. Faham lah brader, gua diam bukan bermakna gua bodoh. Gua kengkadang memang malas nak cakap banyak. Kang aku kalau dah start mengamuk kau dah tak kenal dah siapa aku. Aku tak nak r sampai jadi cam tu. Terus-terang lagi bersuluh aku cakap yang aku memng tak suka konflik. Benda yang paling aku tak suka dalam hidup.


Kita ni kalau tak tau, jangan cakap banyak. Lebih baik diam.


TX:
-fez-



Friday, 17 January 2014

Sistem dunia.

Hi readers.




Ini cerita dunia. Dunia right where you're sitting now.


Kerja akaun aku masih belum siap lagi dan aku tak tau kenapa aku masih di sini. Ini second entry aku for this day. Macam yang aku pernah janji aku akan try type one entry a month tapi ini dah over sehari sampai dua. Cc: thanx to 'someone' yang berperangai 8888 hingga memaksa aku tulis entry ni. Dussshhh!

Apa pandangan korang dengan dunia masa kini? Aku prefer korang cakap yang negative bc right now i can see, lebih banyak benda yang buruk daripada benda yang baik berlaku nowadays. Jaga tepi kain orang. Ayat ni memang dah tak boleh pakai sebab sekarng orang akan tambah kat depan ayat tu - jangan sebok-sebok nak - jaga tepi kain orang. Jiran sesama jiran tak bertegur sapa. Masing2 duduk dalam rumah buat hal masing-masing macam duduk dalam lab buat eksperimen.

Generation Y - born between 1977-1997. They are also referred to as the millennium generation. They are exposed to a variety of fun elements like music, video games, social activities, technology DVD, MP3, iPod and so on. The generation that lived comfortably, they were born when personal computers began to be used. When they grow up, the mobile phone has become an integral part of human life needs. This generation is flooded elements such as music and video entertainment in-gejet their mobile gadgets. 

Generation Z - born between 1998. They are pampered with a comfortable life, served delicious food, comfortable atmosphere studies, coated with expensive clothes and has a sophisticated gadgets. They can get information by just meng'google ', watch the video on You Tube and play games on-line at any time.

Generasi ni semua when others or elders tegur kesalahan diorang mereka akan jawab,

"Mak cik kubur masing2. yang makcik nak sebok hal saya ni kenapa?"

"Alaaa baru hari ni buat, bukan banyak kali pun"

Dekat sekolah, cikgu pun takut nak tegur anak orang. Maklumlah zaman sekarang ramai orang berada. Tegur sikit kang mulalah naik isu - sampai ke court. Panggil mak bapak saman cikgu. Anak nak ditarbiyah pun tak boleh. Sebab tu lah zaman sekarang budak2, remaja2 makin menjadi-jadi. Kalau jadi orang boleh tahan lagi- ni ntah jadi apa ntah. Haish- apa nak jadi dengan dunia. Aku pun tak tau kenapa dunia jadi macam ni. Sistem dunia sekarang pelik. Yang baik dikecam, yang jahat disanjung tinggi. Ke aku yang tak up to date?- tak seiring dengan masa? Korang konfem tau apa aku nak cakap sekang- aku hanya mampu cakap : Entahlah-

Zaman sekarang zaman hilang budaya. Tersalah kata pistol jawabnya. 
Sebab tu lah kekadang aku malas nak cakap banyak.

Kita semua bukan perfect, tapi tak salahkan bagi nampak perfect kat mata orang lain asalkan niat baik dan bagi sikap yang boleh jadi contoh dek orang lain tu dah cukup.


TX:
-fez-








Durian.


Hi readers.


Tadi aku baru makan tempoyak jadi sebab itulah tercetusnya entry ni.

Mula2 aku nak buat tajuk this entry - 'Tempoyak'. Tapi disebabkan tempoyak datangnya dari durian so aku consider untuk tulis tittle- durian sebagai penghargaan aku pada durian. Ok r aku tak nak cerita panjang. Bermukaddimah bagai.

Hari ni aku nak buat satu perumpamaan and aku sure perumpamaan sebegini masih belum wujud lagi. Kalau korang dah pernah jumpa- ha meh tunjuk the bukti. 


Ceritanya bermula begini:


Pada suatu hari abah aku pergi beli durian kat Langat. Semangat ayah aku pergi beli semata-mata untuk anak-anaknya:'(. Dan within lima biji hanya 3 yang boleh dimakan dan yang selebihnya rosak. Tapi aku tabik ngan durian tu. Althought 'dia' nampak macam rosak tapi still boleh dimakan lagi dalam nama lain - which is we call it 'Tempoyak'.



I just wanna say kat sini yang setiap manusia patut jadi macam durian. Masih boleh digunakan walaupun dalam nama orang lain. Orang tak buang 'dia' dalam tong sampah- tak campak tepi longkang.Tapi durian tak pernah nak mengungkit kat tempoyak yang selalu dapat nama - curi dari durian. Tambah-tambah kat Negeri Sembilan. Eh?  Maaf tetiba. Korang boleh cakap, 

" Dah nama pun durian mana boleh cakap"

Memanglah durian tak boleh cakap. Kang kalau bercakap shock habis semua orang. Aku dah kata tadi kan ini perumpamaan aku so nak tak nak - by hook or by crook you must receive it.

TX:
-fez-

Thursday, 26 December 2013

REVIEW GANTUNG by NEDDO KHAN.


Hi readers.


2013 akan melabuhkan sayapnya. Azam for next year setakat ni tak de lagi.

Sebab azam yang aku nak tu memang takkan tercapai.

Ok,  korang nak baca riviu gantung kan? Bukan nak dengar aku membebel. Tapi korang jangan hope sangat r sebab this is my first review :)

Anyway kudos to Nadia Khan sebab berjaya jadi YANG PERTAMA!

GANTUNG (Nadia Khan)

Novel kedua oleh penulis novel bestseller KELABU.
"Musketeer Code - no all for one, just one for all."
Gibbs, Ray, KJ dan Troll – sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Musketeer Code - peraturan yang tidak membenarkan sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua.
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian —
{ha! korang bacalah sendiri!}






I've read this book on 16th Dec. Cadang nak jadi the first one yang berjaya buat riviu gantung tapi disebabkan ke-busy-an aku yang entah apa-apa so satu lagi hasrat aku tak tercapai.


Aku rate for this book 4/5.


Mana pergi the last star? Ok, ini sebabnya:


Storyline dia memang best tapi aku rasa - 
aku rasalah. Cerita dia agak cliche. Bc i don't know why - from the beginning aku dah dapat agak yang cikgu tu was Fara. Tambah-tambah bila the writer tak mention nama cikgu tu.The cikgu name was never revealed while she shared the same paranormal gift as Fara, kan? Terlalu banyak hint. Ya, page 73, 74. The tangkal.  


Aku rasa - ye, aku rasalah - siapa yang baca buku ni mesti dapat agak kan awek psiko yang ada dalam sinopsis behind the book was Deepa. Haha! Aku memang gelak habis kot time KJ cakap "awek perisa koko". Aku curious sikit, nama Gibbs tu Gibran ke Kahlil?

Gibran Mohd. Zahim. Kalau kat first page tu dia tulis Kahlil Mohd. Zahim nanti obvious sangat pulak kan? Lagi la pening kepala nak fikir. And satu lagi, 'AYAT SENIMAN'. Terlalu banyak sangat diulang. 

KELABU dulu selalu repeat 'JUS OREN'. But nevermind nama food n beverage kalau repeat hundreds time pun aku suka.


I'm so sorry sebab banyak sangat cakap negative. People make mistakes kan? Teguran perlu diterima. 
Tapi aku prefer KELABU. Aku lagi suka penceritaan KELABU. Deep tapi tak cliche.


Tapi over all cerita ni best. Kira tak rugi la kalau korang beli. RM20. Well aku tengah promote ni. Get ready dengan tissue. Sad ending kot. Kisah sahabat. Aku tak sangka final dia camtu. Fitrah manusia mesti nak happy ending kan? Yeah, i want to. Biasalah Buku Fixi mana pernah bagi happy ending. Kadang2 tu ending dia kita sendiri kena fikir. Macam ILUSANITI by Adib Zaini. Sampai termasuk dalam dreamland aku kot buku ni. LOL. XD.

 

Aku rate ILUSANITI 5/5.





Aku cuma nak cakap satu je. Aku suka Raymond. Since page 10 lagi aku suka dia. 
Haha! Tetiba. Hati aku- so, suka hati akulah nak suka sape.


" Tempat ni masih panas. Masih penuh dengan dosa manusia. " - Khalil

" Rogol maruah. Lagi parah. " - Ray


TX:
-fez-

Friday, 20 December 2013

Blog Baru


Terpaksa je ni. Blog lama rosak. Sad things in my life. Damn it.